Ruangan
Tazkirah
Ruangan
Tazkirah
Kembali ke Laman
Pedoman Hidup
Copyright 2008-2009 Katalog Bisnes.com. All Rights Reserved.
KatalogBisnes.com                 "Segalanya Bermula Di Sini"
Selamatkah Diri Di Padang Mahsyar?
&font=FONT&fontcolor=FONTCOLOR&bgcolor=BGCOLOR width=100% height=350 frameborder=0>
  1. Kisah Cinta Adam & Hawa.
  2. Selamatkan Diri Di Padang Mahsyar?
Pautan Link
Tazkirah
1. Kisah Cinta Adam & Hawa
2. Selamatkah Diri Di Padang Mahsyar?
3. Pengertian Sejarah Menurut Pandangan Ibnu Khaldun    
       Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangkala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati.

       Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya : "Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!"

       Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat.

       Lantas mereka berkata :"Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul." Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran:"Mereka berkata:"Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)? (Yassin: 52)

       Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya.Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun di badan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.






















Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.